Gubahan Seni
12 Jul 2010 Leave a Comment
Pada 4 Jun 2010, SMK Alam Megah telah mengadakan aktiviti membuat gubahan seni daripada bahan-bahan terpakai. Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 Meranti dan dibimbing oleh guru Pendidikan Seni Visual yang berpengalaman iaitu Pn. Norelmeza Binti Marjonid. Pelajar-pelajar telah menghasilkan pelbagai gubahan yang menarik seperti Piala Dunia FIFA yang diperbuat daripada surat khabar lama, Tabung Wang yang diperbuat daripada tin aluminium, dan lain-lain.
Aktiviti ini dapat mengurangkan bahan-bahan terbuang (sampah) di kawasan sekolah. Selain itu, aktiviti ini dapat memberi kesedaran akan kepentingan sikap mengiitar semula bahan terbuang dan memanfaatkannya. Kemahiran kraf tangan juga dapat diasah. Melalui aktiviti ini, para pelajar yang terlibat diberikan markah bonus.

